Tidak Dilihat Bersama Suami, Ramli MS Dalam Acara Hiburan.. Ini Kenyataan Terkini Mengejutkan Datin Alyah

Kredit foto: says.com

Penyanyi yang kini popular menerusi lagu Mengapa Harus Aku duet bersama Farawahida, Datin Alyah mengakui dia bukanlah seorang isteri yang suka mengikut suami, Datuk Ramli M.S setiap kali pengarah muzik terkenal itu dijemput ke sebarang majlis-majlis hiburan.

Katanya, dia bukan tidak menyokong kerjaya suaminya, tetapi lebih selesa untuk menyokong dalam cara lain.




“Kalau event atau jemputan itu tidak melibatkan saya, saya tak akan pergi. Saya memang bukan jenis ikut suami. Bukan sebab tidak support. Tetapi rasanya Tok Ram boleh manage dirinya sendiri. Dia sudah lakukan apa yang dia buat sekarang sudah berpuluh tahun.

“Jadi rasanya dia pun sudah sedia selesa dengan cara itu.

“Apa pun, sebelum Tok Ram keluar, kita sebagai isteri perlulah prepare apa yang patut. Yang penting, kami sudah belajar sejak dari awal perhubungan, kami selalu terapkan konsep ‘kerja saya, adalah hal saya’ dan begitu juga dengan dia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Health & Beauty Exporia yang akan berlangsung di SACC, Shah Alam hujung April ini.




Sumber asal: Media Hiburan