PANAS!! Tak Tahan Lagi, King Coco Dedah Jumlah Pendapatan Bulanannya Buat Ramai TERKEJUT!! Patutlah Dirahsiakan!!!


King Coco antara nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau meniti populariti melalui video-video dan gaya slang percakapannya yang menjadi kecaman ramai. 

Namun, dalam kenyataannya baru-baru ini beliau mendedahkan jumlah pendapatan lumayannya yang mengejutkan ramai. Barangkali jadi pelakon dan penyanyipun belum tentu boleh dapat sejumlah ini. 

Patutlah dirahsiakan! Yalah, kalau ramai dapat tahu jumlah ni, agaknya makin ramai yang iri hati dan melemparkan kecaman. Jom baca kenyataan Coco. 


“Keturunan saya mempunyai kacukan Cina, Pakistan dan Serani. Sedikit sebanyak, slang di rumah turut mempengaruhi gaya percakapan kami. Apabila saya muat naik video di Instagram, ramai yang mentertawakan perkara ini. Mereka rasa tak senang hati dan minta ibu bapa saya tunjukkan surat beranak saya. 

''Tapi kalau dilihat dari sisi positif, populariti sekelip mata ini juga membuka pintu rezeki untuk saya sekeluarga. Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang. 

''Konsep inilah yang menentukan pulangan terhadap produk yang diiklankan. Ditambah hobi saya yang suka merakam video, jadi apa salahnya kalau saya cuba menjana pendapatan dengan perkara yang disukai. 


''Bermula dengan suka-suka, alhamdulilah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan. Buat masa ini saya belum terikat dengan mana-mana pengurusan tapi demi kelangsungan kerjaya, saya fikir ada baiknya jika ia diuruskan oleh pihak yang mahir dan berpengalaman tentangnya.

“Dalam bidang ini, banyak cabaran datang daripada aspek kreativiti dan kerenah klien yang pelbagai. Ada yang kurang sabar dan ada yang minta refund apabila hasilnya tak mendapat sambutan. Apa pun saya cuba bersikap profesional.'' 

Sumber: Nona

Rezeki Tuhan tu nak diturunkan dengan pelbagai cara. Semoga Coco terus menikmati hobi dan minatnya dalam menghasilkan video dan melupakan cakap-cakap buruk orang. Janji happy! 



Kredit foto: Nona