Isu Najip Ali.. Pak Nil Beri Amaran Pedas Pada Si Batu Api !!!


Walaupun pengacara Najip Ali sudah memohon maaf dan isu beliau yang didakwa mempersenda PM Najib Razak sudah hampir selesai diperkatakan, namun Presiden Seniman Zed Zaidi dalam kenyataan terkininya masih belum berpuas hati malah mendesak kerajaan untuk ‘banned’ selebriti Singapura tersebut. 

Dalam respon lain pula, pengarah dan pelawak Afdlin Shauki mengeluarkan kenyataan mempertahankan Najip kerana merasakan apa yang diperkatakan Najip dalam rancangan tersebut tiada unsur mempersenda seperti yang didakwa ramai. 

Semalam, kerusi pengkritik MLM 2017 Najip Ali digantikan dengan pengacara terkenal Malaysia, Aznil Haji Nawawi ataupun mesra disapa Pak Nil. Pak Nil antara rakan rapat Najip, justeru Pak Nil juga nampaknya ada sesuatu yang hendak diperkatakan tentang isu tersebut. 

Malah dalam kenyataannya, Pak Nil turut menyelar si batu api yang sedang menghangatkan isu itu. Siapa yang dimaksudkan Pak Nil ni ya? 

Jom baca komen pedas Pak Nil.



''Salam semua, 

''Malam ini bermula perjalanan #Paknil sebagai juri di Maharaja Lawak Mega. Tawaran diberi 2 hari lepas ketika 
Paknil berada di London atas urusan kerja. Paknil baru sahaja menjejakkan kaki di KLIA dan harus bergegas ke Shah Alam untuk siaran Langsung MLM. 

''Sebagai seorang yang profesional, Paknil menerima tawaran itu untuk memastikan MLM berjalan lancar. Paknil tahu tugas Paknil adalah untuk menggantikan Najip Ali, yg juga sahabat Paknil dari Singapura. 

''Tiada isu kualiti penjurian, sebab Paknil akan lakukan mengikut kayu ukur yang berbeza.

''Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip. Sebagai sahabat, anggaplah Paknil menggantikan keceriaan Najip. 

''Lagi pun Paknil sendiri mempunyai peminat yang ramai di Singapura dan diharap kehadiran Paknil menjadi ubat luka warga di sana. 

''Anggaplah kehadiran Paknil sebagai penambat kasih sayang hubungan dua rumpun yang kini diuji.

''Saya yakin peminat bijak untuk tidak membandingkan saya dengan Najip sebab kami mempunyai kualiti yang tersendiri dan berbeza. 

''Ayuh lupakan episod yang telah berlaku dan kita raikan permulaan baru pada apa yang berlaku.
Doakan Paknil.

''To Najip Ali, stay cool as you have always been. Yg tukang bakar, sila bakar diri sendiri.''