Hotel Milik Mila Jirin Disita?

Kredit foto: izyan.com


Ketika ini, beberapa keping foto panas yang memperlihatkan sebuah hotel disita menjadi viral di internet. Lebih hangat lagi apabila hotel tersebut didakwa milik penyanyi Mila Jirin (Juara Akademi Fantasia Musim Kelima). 

Namun, Mila menafikan dakwaan tersebut. 

“Itu bukan hotel saya, ia kepunyaan seorang ahli perniagaan yang beroperasi di kawasan sama dengan restoran saya.

“Ia mungkin menggunakan nama yang hampir sama dengan perniagaan saya iaitu ‘Bizz’ kerana kawasan perniagaan tersebut juga bernama Bizz Hub.

“Buat masa ini bisnes saya ialah Restoran Embun Urai Thai Seefood, Bizmila Trading yang memasarkan baju kurung, Bizmilla NZ Beauty dan Bizmilla Catering yang merupakan perniagaan utama kami dalam hal menguruskan perkahwinan.

“Alhamdulillah sudah empat tahun beroperasi dan kini memiliki lima buah dewan sendiri bawah nama Bizmilla Catering''. 



Sumber: Mstar