“Siapa yang tahu tu, tahulah” – Benarkah anggota bomba yang viral kerana suara iras Saleem ini anak Saleem?


Ramai yang tertanya-tanya benarkah anggota bomba yang iras suara penyanyi Saleem Iklim itu adalah ayahnya. Untuk itu, MH Online telah berjaya mendapatkan kenyataan daripada Nursyafiq Farhain sendiri. 



“Bagi yang tahu tu, tahulah. Mana yang belum tahu tu, saya tak perlu bagi tahu pun. Tapi sekarang ini, nampaknya semua orang dah tau hahahaha,” jelas Syafiq sambil ketawa.

Menurut anak muda 23 tahun ini, dia tidak berniat untuk berahsia tetapi cuma tak mahu heboh-heboh.

“Bila video saya dah viral, saya rasa terkejut. Niat asalnya adalah untuk suka-suka, sekadar hobi, tapi tak sangka pula dah jadi viral,” ujarnya.

Syafiq kini bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau Johor Bahru.

Ditanya lagi, adakah dia benar berminat untuk menyanyi atau sekadar hobi?

“Sebenarnya saya memang minat menyanyi. Kalau menyanyi untuk event bomba memang tu biasa dah. Pernah juga terima job luar seperti menyanyi untuk majlis orang kahwin.

“Tapi kalau ada peluang untuk menyanyi secara serius, saya mahu mencuba,” terangnya lagi.




Sumber: Media hiburan

Sumber: “Siapa yang tahu tu, tahulah” – Benarkah anggota bomba yang viral kerana suara iras Saleem ini anak Saleem?

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.