Shila Amzah Diarah Bayar RM20K!! Ini Puncanya..


Semalam (31 Mac 2017), penyanyi Shila Amzah telah kalah dalam satu kes saman terhadap seorang wartawan hiburan daripada akhbar Komso yang difailkannya sekitar tahun 2014. 

Artikel yang ditulis wartawan terbabit pada akhbar berkenaan bertarikh 17 September 2014 didakwa berunsur fitnah oleh pihak Shila.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Shila dan syarikatnya, Shila Amzah Entertaiment Bhd. selaku plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada akhbar Kosmo selaku defendan. 


Isu tersebut turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin yang telah membuat sedikit teguran kepada Shila melalui laman Instagramnya. 

Menurut Tengku Khalidah, seseorang artis seharusnya bersifat terbuka kepada kritikan, bukannya hanya mengharap kepada puji-pujian sahaja. 


 








Sumber berita & foto: Kosmo , myartis.com & Tengku Khalidah Tengku Bidin IG