Baru Putus Dengan Lofa, Fattah Dah Temui Pengganti Baru?? Tapi Dengan Siapa ??? Jangan Terkejut!!!



Baru sahaja reda kontroversi percintaannya yang penuh dramatis bersama Neelofa, kini timbul pula gosip mengatakan pelakon kacak, Fattah Amin mula rapat dengan seorang selebriti jelita berpangkat VIP. Menerusi ruangan Cik Pang, Fattah dikatakan rapat dengan wanita terbabit selepas beliau mengumumkan tidak mempunyai hubungan cinta dengan Neelofa.




''Terbeliak mata Cik Pang apabila dikhabarkan pelakon yang sedang hangat namanya sekarang, Fattah Amin dikatakan rapat dengan bekas isteri orang penting yang juga selebriti. Mungkin sering kali bertemu di majlis membuatkan mereka mula berkenalan antara satu sama lain,

''Begitupun, serius mana hubungan antara mereka ini tidak pula Cik Pang ketahui. Cuma menurut sumber, Fattah dan selebriti yang tidak kurang jelitanya ini mula berkenalan rapat selepas Fattah dan Neelofa membuat kenyataan yang mereka tidak mempunyai hubungan istimewa,'' tulis Cik Pang menerusi ruang di Harian Metro mengenai gosip berkenaan.

Bagaimanapun sejauh mana kebenaran gosip ini tidak diketahui, malah Fattah juga masih berdiam diri dan tidak memberikan komen mengenai dakwaan ini. Biasalah selebriti mempunyai ramai kawan wanita lagi-lagi Fattah yang mempunyai rupa paras yang menarik.

Apapun identiti selebriti jelita terbabit juga tidak didedahkan oleh Cik Pang. Mungkin lebih baik kita tunggu sahaja penjelasan Fattah sendiri mengenai hubungan istimewa yang terjalin ini. Jika benar sekalipun gosip ini apa salahnya, masing-masing juga masih bujang.



Sumber: beritapremium

Sumber asal: figuramalaya.net 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.