Selepas Didakwa Berbohong, Ini Kenyataan Panas Nabila Huda Untuk Syamsul Yusof!!!


Sebelum ini, Nabila Huda ada membuat kenyataan yang beliau menolak tawaran Syamsul Yusof untuk membintangi filem Munafik 2 kerana sibuk dengan sebuah drama bersiri 100 episod yang bakal memulakan penggambaran April ini. Bagaimanapun menurut Syamsul Yusof, beliau tidak pernah memberikan sebarang tawaran kepada Nabila kerana watak Nabila Huda iaitu Maria dalam filem Munafik telahpun mati. Meskipun watak Maria masih diperlukan dalam beberapa babak imbas kembali dalam Munafik 2, namun Syamsul akan menggunakan khidmat pelakon lain. 



''Kejayaan sesebuah filem tidak bergantung sepenuhnya pada skrip tetapi pembawaan watak berkesan seorang pelakon'' - Nabila Huda. 

Pelakon filem Munafik menjawab kenyataan pengarah Syamsul Yusof yang melihat pemain filem berkenaan tidak seharusnya dijadikan penanda aras kejayaan naskhah itu.

“Skrip dan pengarahan itu penting tetapi pembawaan watak pelakon lagi penting. Kalau pembawaan salah. Salahlah jadinya.

“Kalau pelakon tak dapat menjiwai, penonton tidak boleh rasa,” katanya ketika dihubungi ProjekMMO.

Munafik berjaya memperoleh kutipan RM19 juta di pawagam dan merangkul anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM).

Syamsul sebelum ini mendedahkan Nabila tidak dikekalkan dalam sekuel filem seram itu sebaliknya digantikan dengan Maya Karin.

Katanya, anak penyanyi rock Amy Search bukanlah “penanda aras” kejayaan Munafik.

Bagaimanapun, melalui filem ini, Nabila dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik FFM tahun lalu.

“Skrip dan pengarahan adalah penanda aras filem ini. Kekuatan sesebuah filem bukan terletak kepada seorang pelakon saja.

“Ia terbukti dengan lambakan filem tidak laku walaupun dibintangi pelakon terkenal,” kata Syamsul kepada Harian Metro.



Sumber: Projek MMO

Sumber: Nabila Huda bangkang kenyataan Syamsul Yusof

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.