Pengakuan Mengejutkan Azwan Ali Dedah Punca Tak Hadir Hari Pengebumian Ibunya!!!


Kredit foto: astrogempak.com


Bulan lalu dunia hiburan telah dikejutkan dengan kehilangan ibu Azwan Ali yang telah meninggal dunia. 

Namun, dikhabarkan Azwan Ali tidak datang pada hari pengebumian ibunya.  

Azwan mengesahkan perkara tersebut menerusi rancangan hiburan, Melodi. 

Menurut Azwan, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak hadir. Ini kata Azwan ketika ditemuramah wartawan Melodi: 

“Memang Azwan Ali tak pergi langsung bila emaknya sendiri meninggal dunia. Saya ada sejuta sebab kenapa saya langsung tak hadiri. Saya tak pergi langsung melawat jenazah dan tak pergi ke tanah perkuburan. That a true fact. Saya jawab dengan Allah SWT, sebab Allah mengetahui kenapa saya tak pergi. Bila saya tak pergi tu, saya dengar ada pihak beriya-iya buat staement saya tak pergi..eh kau dah kenapa?? Yang kau sibuk mengata aku tak tengok arwah mak, kau siapa? Eh agak-agaklah, hentikanlah buat statement pertikaikan aku tak datang ke tanah perkuburan. Kerana dialah satu dunia tahu saya tak datang di tanah perkuburan. Memang saya mengaku, saya tak pergi melawat kubur arwah mak sehingga kini”.