Neelofa Dah Lama Tahu Hans Bertunang?? Ini Puncanya Yang Mengejutkan!!!


Satu ketika dahulu, Neelofa dan Hans Isaac pernah menjalin hubungan cinta selama 2 tahun. Namun antara mereka berdua tiada jodoh dan akhirnya hubungan tersebut putus di tengah jalan. Semalam, Hans Isaac telah mengumumkan yang dirinya bakal berkahwin pada bulan Julai kelak. Selaku bekas kekasih dan kawan baik, Neelofa gembira dengan berita tersebut.



Malah menurut Neelofa, dia sudah mengetahui tentang pertunangan Hans Isaac dengan Gabriella sejak November tahun lalu, wow! Ini pengakuan Neelofa:

''Hans memberitahu dia akan berkahwin sewaktu berjumpa dengannya di satu majlis tahun lalu. Saya mahu dia gembira dengan wanita pilihannya. Kami tiada masalah dan mengekalkan hubungan sebagai rakan baik''.



Masing-masing sudah pun mempunyai kehidupan sendiri selepas berpisah pada tahun 2014. Hidup mesti diteruskan. Pengalaman lalu dijadikan pengajaran untuk kehidupan yang lebih baik. Harap-harap lepas ini Neelofa pula bertemu jodoh. Tak sabar nak melihat siapa yang berjaya mencuri hati gadis jelita ini. Sumber Harian Metro.



Sumber asal: Beautifulnara


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.