Azrinaz Mazhar Hakim Kekasih Baru Fattah Amin?? Ini Buktinya Yang Mengejutkan!!! (3 Screenshot)


Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro pada hujung minggu lalu, beliau mengatakan Fattah Amin kini sedang rapat dengan seorang wanita VIP dan berstatus selebriti. Kedua-duanya mula rapat selepas Neelofa mengatakan beliau tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Fattah. Ramai yang tertanya siapakah identiti wanita berkenaan.




Tiba-tiba sahaja, nama Azrinaz Mazhar Hakim semalam menjadi sebutan ramai dan mereka mempercayai beliau adalah wanita yang kini sedang rapat dengan Fattah. Sebagai bukti dan menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Azrinaz ada memuat naik foto bersama Fattah di akaun Instagramnya pada bulan lepas.

Ruangan komen di foto berkenaan dibanjiri dengan pelbagai komen dan reaksi daripada peminat Fattah. Ada yang merasakan mereka sesuai bersama dan ada pula yang berfikiran mereka mungkin sekadar berkawan kerana jarak umur Fattah dan Azrinaz yang jauh.




Sehingga kini, Fattah juga masih berdiam diri mengenai gosip hangat ini. Namun, jika khabar angin ini benar, kami rasa apa salahnya untuk Fattah dan Azrinaz bercinta. Dua-dua pun solo dan jarak umur bukanlah satu masalah. Lihat sahaja Che Ta dan Zain, bahagia bukan? Hehe.. Yang penting adalah kasih sayang dan cinta.



Sumber asal: Beautifulnara 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.