Viral Remaja Kolej Di Kedah Gantung Diri Dengan Kain Pelikat.. Ini Pendedahan Ahli Keluarganya Yang Mengejutkan!!!


Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita seorang Penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, ditemui tergantung di dalam bilik air asramanya, pada waktu malam di Baling.

Beberapa media tempatan mendakwa mangsa lelaki berusia 21 yang juga merupakan penuntut tahun pertama jurusan sarjana yang berasal dari Kelantan dikatakan menggantung dirinya sendiri menggunakan kain pelikat.

Mangsa pertama kali ditemukan oleh rakan sebiliknya sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. Isu bunuh diri ini menjadi tular di laman media sosial hingga beberapa netizen menuturkan kata-kata kesat yang menyakitkan hati ahli keluarga arwah.

Apa yang dimaklumkan oleh media tempatan telah dinafikan adik arwah. Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh surat khabar, laman Facebook dan media sosial lainnya adalah tidak benar.

“Arwah adalah seorang yang berilmu agama dan tidak mempunyai masalah. Dia di kampung dikenali sebagai tok imam surau depan rumah.

“Mohon hentikan sebar berita yang tidak sahih. Bagilah kami tenang untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Tolonglah sama-sama beri kerjasama untuk mempermudahkan segala urusan jenazah sampai di Kelantan malam ini,” katanya.

Bagaimanapun, YB Haji Mi yang turut melawat tempat kejadian pagi tadi mengatakan apa yang dilihatnya tidak logik untuk diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri. Beliau juga tidak menafikan adanya individu yang terlibat dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin mengesahkan adanya kejadian berkenaan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.



Sumber asal: eberita.org 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.