Simple je tapi cantik GILERRR... Jom Tengok KAD KAHWIN JEP SEPAHTU DAN SARI YANTI yang dikatakan bakal bernikah hari ini!! (4 Gambar)


Ini satu berita yang agak sensasi dimana portal Utusan Online melaporkan pelawak Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal bernikah secara rahsia di sebuah dewan perkahwinan di kawasan Damansara, Petaling Jaya hari ini ( 25 Februari 2017).



Majlis pernikahan mereka hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut. 



Gambar kad undanganpun dah tersebar, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nikah hari ini. Tahniah!

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengesahan baik daripada pihak Jep ataupun Sari Yanti kerana usaha pihak media untuk menghubungi mereka gagal.




Umum mengetahui, mereka berdua sememangnya kelihatan rapat bersama tetapi sering menafikan sedang bercinta dan turut menepis gosip mereka akan mengikat tali pertunangan. Malah, Jep pernah menafikan beliau dan Sari Yanti tidak pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Namun, Jep juga akui selesa berkawan dengan Sari Yanti dan tidak menolak jodoh sekiranya pelakon wanita itu ditakdirkan untuk menjadi isterinya
.



Jika berita ini benar, kami harap majlis pernikahan Jep dan Sari Yanti akan berjalan lancar seperti yang dirancang, semoga berkekalan sehingga ke jannah. Lagipun mereka berdua tampak sesuai dan serasi. Kata orang, benda baik jangan ditangguh ye dak?



Sumber Berita : Utusan Online

Via: Beautifulnara

Sumber: Gambar kad undangan tersebar, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nikah hari ini. Tahniah!

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.