SHARNAAZ AHMAD BERANG DENGAN FATTAH AMIN?? INI PUNCANYA..


Pelakon tempatan, Sharnaaz Ahmad hari ini secara tiba-tiba mengeluarkan beberapa siri twit di Twitter yang dilihat sebagai keluhan beliau.

Twit-twit itu dipercayai ditujukan oleh Sharnaaz kepada seseorang.

“Apa pencapaian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat.” tulis Sharnaaz di twit pertama.

Kemudian, Sharnaaz menyambung: “Aku tak pernah suka ko, sbb fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai.. tapak kaki menunggu jilaka“

Beberapa minit selepas itu, Sharnaaz menyambung: “Ko A samad said ka? Zahiril adzim ka? Beto ka? Brp tinggi sastra ko? Brp banyak award ko dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai“.

Tidak dapat dipastikan kepada siapa twit-twit ini ditujukan kerana Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama. Terdahulu, pelakon Fattah Amin baru sahaja menghasilkan sebuah buku inspirasi berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin' .

Sejurus kemudian, twit-twit dari Sharnaaz itu menjadi viral di media sosial sehingga mendapat ratusan retweet dalam masa beberapa minit sahaja. 






Sumber asal: siakapkeli.my 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.