Selepas Polis Sahkan Wanita Langgar Remaja Berbasikal Tidak Menggunakan Telefon Bimbit, Inilah Padah Menanti Nahas Terselamat Yang Membuat Dakwaan Palsu!!


Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat Johor Bahru, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

“Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis,” katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini. 



Netizen selar dakwa bangsa Johor Ini Menipu

Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu. 



Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baharu sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian. 


Sementara tinjuan di laman sosial Facebook mendapati lelaki yang membuat dakwaan palsu itu menerima padah apabila dikecam teruk oleh netizen.

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru.

Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan. 






Sumber: Mediahub

Sumber asal: superkiram.blogspot.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.