Selepas Ditegur Neelofa, Sharnaaz Akhirnya Tampil Dedah Punca Sebenar Bengang Dengan Fattah!! Patutlah Mengamuk!!!


Kecoh media sosial sepanjang minggu lepas apabila Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kata-kata agak kasar di akaun Twitternya yang berbaur sindiran terhadap seseorang. Meskipun tidak menyebuat nama individu tertentu, ramai percaya status Sharnaaz itu ditujukan buat Fattah Amin dan berkaitan dengan pelancaran bukunya.

Gara-gara kenyataan beliau yang agak kontroversi dan pedas, Sharnaaz menerima kecaman daripada netizen.

Walaubagaimanapun, Sharnaaz menerusi Berita Harian berkata, punca amarahnya juga berkaitan dengan netizen yang sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitkan nama Sharnaaz dan orang di sekeliling beliau dalam isu #Lofattah.




Mengamuk Kerana Peminat Fattah? 


''Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur langsung dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan nama saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial''.



''Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu''.

Dalam pada itu, Sharnaaz menafikan beliau mempunyai sebarang perselisihan faham dengan Fattah. Namun, Sharnaaz mengakui beliau tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripada pelakon berkenaan.




Ditanya adakah beliau menyesal dengan tindakannya, Sharnaaz enggan memberikan komen lanjut. Sharnaaz memberitahu beliau sudah memohon maaf kepada keluarga bakal mertuanya kerana tidak mahu isu panas ini berpanjangan.



Sumber Berita : Hip Berita Harian

Sumber asal: Beautifulnara 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.