Selepas '99 Kata-Kata Fattah Amin', Lagi Buku Terbaru Bakal Dikeluarkan Fattah!! Kali Ini Lebih DAHSYAT!!! Kerana Fattah Nekad Untuk...


Walaupun menerima kritikan hebat, naskhah 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang diterbitkan pelakon popular itu berjaya mencatat jualan memberangsangkan sehingga layak memasuki carta Best Seller MPH Book Store.




Fattah, 26, ketika berkata kepada Utusan Online, kejayaan tersebut telah membuatkannya nekad untuk menerbitkan dalam versi bahasa Inggeris pula supaya dapat dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. “Walaupun ada segelintir pihak yang tidak bersetuju terhadap buku berkenaan tetapi saya bersyukur ramai juga yang memberi sokongan atas niat murni saya ini dalam berkongsi impian dan harapan.

“Alhamdulillah… secara tidak langsung banyak pihak yang mendapat manfaat dan inspirasi dengan membaca buku ini dan mula melihat dari sudut yang positif sekali gus memberikan kesan yang baik kepada industri kreatif serta hiburan tanah air,” katanya. Dia juga menambah, cetakan pertama sebanyak lima ribu naskhah telah habis dijual sejak dilancarkan pada 12 Februari lalu dan kini pihaknya telah menempah cetakan kedua untuk memenuhi permintaan umum.

Dalam pada itu, mengulas lanjut penerbitan buku berkenaan dalam bahasa Inggeris, Fattah dan syarikat pengurusannya akan mempertimbangkan keputusan tersebut dengan segera memandangkan sambutan hangat yang telah diberikan peminatnya. – UTUSAN ONLINE




The post 99 Kata-Kata Fattah Amin Di Kecam Teruk. Kini Fattah Nekad Keluarkan Lagi Satu Buku !!! appeared first on SIAKAP KELL.


Sumber: 1Citemalaya>

Sumber asal: superkiram.blogspot.com 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.