“Selamat hari Isnin semua. Tapi, hari ini merupakan hari sedih saya” – Luahan Sayu Fattah Amin Buat Ramai Simpati


“SELAMAT hari Isnin semua. Tapi, hari ini merupakan hari sedih saya,” itu luahan sayu pelakon popular Fattah Amin menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Kesedihan itu adalah kerana akaun rasmi peminat di Instagram telah digodam hingga membuatkan para peminatnya simpati dengan nasibnya yang menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab. 



“Selamat hari Isnin semua. Tapi, hari ini merupakan hari sedih saya” – Fattah Amin

“Saya tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Saya harap anda semua boleh bantu saya untuk buat laporan berkenaan perkara ini,” pintanya kepada peminat.

Akaun tersebut dibuat untuk memaparkan perkembangan terkini Fattah selain menggunakan akaun peribadinya sendiri.

Penyanyi lagu Wanita Terakhir ini mencipta fenomena bersama Neelofa menerusi drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Fattah yang dihubungi berkata, laman rasmi itu sudah ditubuhkan lebih lima tahun ketika dia baru bergelar pelakon.

“Saya sedih kerana banyak momen bersama peminat saya. Mereka yang sokong saya sejak drama Playboy Itu Suami Aku. Itu adalah drama pertama saya.

“Walau apa juga yang berlaku pada saya, peminat saya tetap bersama saya. Kerana itu saya sedih bila akaun rasmi itu kena godam.

“Bukan satu, tapi dua akaun rasmi peminat saya kena godam iaitu kelab peminat dari Kedah,” katanya.

Enggan membuat sebarang spekulasi behubung perkara itu, Fattah berharap akaun itu dapat dikembalikan semula.

“Saya ada dengar, ada pihak yang dengki dengan saya, tapi saya tak mahu fikir sangat.

“Yang penting, tahun ini saya mahu fokus pada kerjaya saya dan memantapkan lagi perjalanan saya sebagai insan seni,” katanya.



Sumber: Sinar

Sumber “Selamat hari Isnin semua. Tapi, hari ini merupakan hari sedih saya” – Fattah Amin

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.