Rupanya Sebelum Dirempuh, Nahas Bukan Berlumba Ataupun Berbasikal, Sebaliknya.. Ini Pula Pendedahan Terbaru Mengejutkan Ayah Mangsa!!!


''Cerita-cerita negatif menyatakan anak saya berlumba hingga menjadi viral dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar,” kata Amir Omar, 47, bapa kepada arwah Mohamad Azhar dari Kampung Senibong, Masai, dekat sini.



Amir mengakui terkilan dengan dakwaan dalam media sosial yang menyebarkan cerita negatif kononnya anaknya berlumba semasa hari kejadian.

''Rakan arwah Mohamad Azhar yang ada bersama-sama pada malam itu menyatakan mereka tidak berlumba malah semasa kejadian mereka berada di tepi jalan melihat seorang daripada kawannya membaiki tayar basikal yang pancit.

“Kami sekeluarga berharap orang ramai tidak membuat andaian tidak berasas berhubung kejadian berkenaan. Tidak dinafikan kami berasa terkilan dan sedih dengan dakwaan di buat di media sosial,” katanya.

Dia berkata demikian ketika sidang media di rumahnya, selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim.

Dalam kunjungan itu, Abd Mutalip menyampaikan sumbangan wang tunai dan khairat kematian RM1,800 kepada keluarga Mohamad Azhar dengan ditemani isterinya, Sabariah Yusof, 49.

Keluarga Mohamad Azhar turut menerima sumbangan RM300 daripada Umno Cawangan Kampung Senibong yang disampaikan ketuanya, Yacob Shadan. Hadir sama, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Senibong, Mohd Asri A Karim.

Dalam kunjungan tersebut majlis tahlil secara ringkas turut dilakukan untuk arwah Mohamad Azhar yang dipimpin Abd Mutalip dengan dihadiri guru-guru dari SMK Senibong.

Mohamad Azhar, 16, adalah seorang daripada lapan remaja yang maut dalam kemalangan pukul 3 pagi kelmarin selain dua kritikal dan enam lagi cedera serta masih dirawat di hospital.

Amir yang merupakan seorang nelayan berkata, arwah anaknya mula bermain basikal sejak dua tahun lalu dan biasanya hanya menunggang kenderaan itu di kawasan berdekatan.

Beliau berkata, Mohamad Azhar merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan seorang yang pendiam serta tidak merokok selain sering membantu abangnya menjual dadih berdekatan rumah.

Sementara itu, Abd Mutalip berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Johor (Maij) menyerahkan sumbangan RM20,800 kepada 16 keluarga remaja yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurutnya, lapan keluarga yang terkorban masing-masing menerima RM1,800 manakala lapan keluarga remaja yang cedera pula masing-masing mendapat RM1,000.



Sumber: Sinar Harian

Sumber: “Mereka tidak berlumba sebaliknya berada di tepi jalan tengok kawan baiki tayar pancit” – Bapa mangsa

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.