Punca Sebenar Dan Kisah Penuh Bapa Tetak Anak Bongsu Hingga Maut


Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dipercayai di bunuh oleh bapa kandungnya sendiri, Ahmad Sulaimi, 48 tahun di rumahnya. Karang Bagu Mataram.

Haris Dinzah Ketua Polis Mataram berkata, pihaknya telah berjaya menahan Ahmad Sulaimi tanpa sebarang perlawanan dan sudah mengaku atas perbuatannya.

Motif pembunuhan dipercayai akibat dari kesal dengan perangai anaknya, Muhammad Albani yang selalu menuturkan kata-kata kesat terhadapnya dan isteri.

Ketika kejadian, Sulaimi dikatakan baru sahaja bangun dari tidur mengambil sebilah parang dan terus menetak anaknya yang tengah tidur ditilam ruang tamu.

Akibat dari tetakan, kepala bahagian kiri mangsa koyak dan meninggal di tempat kejadian.

Sementara menurut ibu mangsa, tidak ada perilaku pelik mahupun mencurigakan suaminya itu sebelum membunuh anak bungsu mereka. “Dia nampak normal. Muhammad Albani adalah anak lelaki kami satu-satunya dan suami sangat memanjakannya. Dengan apa yang terjadi buat saya terkejut," katanya.


''Kata-kata kasar berbaur lucah dan suka mengumpat kedua ibu bapanya adalah punca kematian kanak-kanak berkenaan,'' kata Haris Dinzah.

Beliau juga berkata, bapa mangsa tidak mengalami gangguan jiwa mahupun mendengar bisikan ghaib yang menyuruh untuk membunuh anaknya itu. Ia adalah murni pembunuhan. 

Bagaimanapun, Sulaimi turut menyesal dengan apa yang dilakukan. "Anak saya suka mengumpat dan berkata kotor kepada kami. Saya malu sama jiran tetangga dan orang kampung," ujar Sulaimi dengan nada kesal. 



Sumber asal: eberita.org 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.