PERGHHHH TERLAJAK MEWAH!! Jom tengok 38 FOTO HD EKSKLUSIF PERSANDINGAN MEWAH SHUIB SEPAHTU & SITI SARAH!! Foto no.#11, #20 & #37 tu paling curi perhatian & bikin terbeliak biji mata sekali!!!


Seperti yang dijanjikan, malam semalam majlis persandingan buat kali pertama serta sambutan ulangtahun perkahwinan ke-6 bagi pasangan Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin telah berlangsung dengan romantisnya.

Untuk makluman anda, semalam tarikh 26 Februari merupakan tarikh dimana Shuib dan Sarah disatukan sebagai suami isteri.

Majlis yang diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya, itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, barisan selebriti dan juga sahabat baik Shuib sendiri yang baru sahaja bergelar suami isteri kelmarin iaitu Jep dan juga Sari Yanti.



Menurut Shuib sebelum ini, majlis yang diadakan ini adalah janjinya kepada isteri kerana dulu mereka hanya sekadar bernikah dan tidak mengadakan majlis persandingan.

“Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah. Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai,” kata Shuib sebelum ini.

Di majlis itu, Shuib turut membuat kejutan dengan menyanyikan lagu yang diciptanya, buat isteri tercinta, berjudul ‘Aku Lelakimu’ selain turut menyampaikan ucapan romantis sebelum menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Sarah. Lebih istimewa cincin tersebut di bawa sendiri anak sulung pasangan ini ke pelamin cinta mereka.






















Sumber foto: Sinar FM 

Sumber berita: myartis.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.