Pengakuan Terbaru Fattah, Akui Beliau Sendiri Enggan Berlakon Bersama Neelofa!! Ini Puncanya..


Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil membuat pengakuan sebenarnya beliau yang enggan berlakon lagi bersama Neelofa dalam drama terbaru arahan Michael Ang iaitu Hero Seorang Cinderella. Pengakuan Fattah itu adalah susulan pengunduran diri Neelofa daripada drama berkenaan yang sepatutnya menggandingkan mereka berdua.



Keputusan itu dibuat setelah beberapa perbincangan dilakukan bersama Neelofa.

''Saya sudah berbincang perkara ini secara peribadi dengan Neelofa untuk menjelaskan sebab saya tidak mahu berlakon dengannya dan dia bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan itu juga dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi dengan peminat. Sepatutnya perkara ini tidak timbul dan berlarutan sehingga sekarang''.




Fattah hanya memberitahu tindakannya itu demi menjaga hati keluarganya dan Neelofa. Oleh itu, Fattah berharap peminat mereka dapat menerima keputusannya itu dengan baik dan tidak mahu fenomena Lofattah terus diperkatakan.

''Adalah lebih baik untuk kami tidak berlakon bersama-sama pada masa terdekat. Mana tahu kalau ada rezeki pada masa akan datang, mungkin kami akan bergandingan semula''.




Apa-apa pun, Fattah mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro kerana memberikan beliau peluang bukan sahaja untuk berlakon dalam Hero Seorang Cinderella tetapi beliau juga dapat memilih heroin yang bakal bergandingan bersamanya dalam drama tersebut.



Sumber Berita : Utusan Online

Sumber: Beautifulnara

Sumber asal: figuramalaya.net 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.