Pendedahan Mengejutkan!! Polis Tampil Dedah Pengalaman Bersama Remaja Berbasikal Sebelum Maut!!!


''Anak-anak ni bukan sekadar dari sekitar Jay Bee, malah dari Plentong, Pasir Putih, Masai, Tampoi, Kempas, Skudai, Tiram, Kota pon ada. Mereka berkumpulan datang ke Jay Bee bukan sekali dua. boleh dikatakan setiap hujung minggu.

''Bukan kami pihak polis tak tegur atau larang, kami sentiasa menegur dan melarang menggunakan pembesar suara lagi dan ada juga di antara kami yang hilang kesabaran dengan membuang basikal tersebut kerana bukan dengki, tapi nak memberi peringatan agar mereka takut dan tidak mengulangi lagi.

''Tapi sia-sia saja, kerana budak-budak ini telah terlalu bebas dari pengawasan ibu bapa, Erti kata dengan perkataan 'menganjing' adalah yang sesuai terhadap kami atas perbuatan mereka ini.

''Bila kamu menghala ke lokasi mereka, mereka akan menjerit-jerit dan mempermainan pihak polis dengan mengangkat basikal ke seberang jalan, begitulah kejadian yang selalunya.

''Lokasi tempat budak-budak ini bermain basikal bukan di bahu jalan tapi di tengah jalan biasanya di tempat yang meragut nyawa mereka iaitu di Lingkaran Dalam, di persimpangan Restaurant Yassin, sebelah Hotel Thistle, di Jalan Pengkalan Rinting berhampiran Angsana, dan banyak lagi. Mereka suka bermain di tengah jalan tanpa menghirau langsung keselamatan.

''95% basikal mereka adalah berjenis rendah, bertayar size kecil ,Teguran demi teguran malah tak dihiraukan langsung kata-kata kami. Bila kejadian seumpama ini berlaku, siapakah yang dipersalahkan?

''Sudah tentu 50% kami pihak polis dipersalahkan kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya, sedangkan di manakah peranan ibubapa dan penjaga yang sepatutnya.

''Anak-anak yang sedang membesar memanglah ingin bebas dan berseronok sehinggakan sanggup menipu keluarga dengan berbagai janji dan alasan agar mereka dapat keluar sebegitu tapi kenapa sehingga berhari (ada yang keluar pagi ni dan balik pagi esok) di manakah peranan ibubapa. Kebanyakannya budak-budak ini berusia serendah 10 tahun hingga ke usia awal 20an.

''Apa-apapun perkara telah berlaku, semoga tidak terjadi kepada kita dan yang lainnya yang masih berakal akan seumpama ini. Akhir kata marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang terkorban dan yang cedera agar sembuh kembali…Al-Fatihah''. Kredit-EBerita



Sumber asal: bulletinmedia.blogspot.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.