PANAS!! PELAKON ARJA LEE DEDAH GAMBAR KAHWIN BERSAMA SARI YANTI!! INI KENYATAANNYA YANG MENGEJUTKAN!!!


Pelakon Arja Lee, 33, menjadi mangsa kemarahan peminat gara-gara memuatnaik gambarnya bersama Sari Yanti dengan berpakaian baju pengantin ke laman sosial Instagram.

Kata Arja, ketika berkongsi gambar dirinya dengan pelakon wanita itu di laman sosial terbabit, beliau tidak pun mengetahui mengenai perhubungan terjalin antara Sari dengan pelawak terkenal, Jep Sepahtu.




Bahkan, katanya, beliau memuatnaik gambar mereka berdua, yang lengkap berbaju songket berwarna biru, sekadar mempromosikan drama lakonannya bersama pelakon berkenaan, ‘Sekali Kulafazkan Cinta’.

Berikutan itu, Arja segera memadamkan foto terbabit, namun ia dimuatnaik pula oleh penerbit, David Teo, Ahad lalu, dengan keterangan gambar: ‘Eh, kami dah selamat disatukan bersama.. Eh? Gurau je’

“Jujurnya, saya tidak tahu mengenai perhubungan Sari dan Jep sehinggalah membaca beberapa komen pengikut saya. Malah, ada yang memarahi saya kerana gambar itu.




“Tambahan pula, Sari dan Jep mempunyai jumlah pengikut yang ramai, mereka terus meletakkan pelbagai reaksi kerana foto yang dimuatnaik itu. Lantas saya memadam foto berkenaan, tetapi ia dimuat naik semula oleh David. Begitupun, mungkin niatnya adalah sekadar gurauan, jadi saya tidak menyalahkan beliau.

“Apapun, saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan foto berkenaan,” katanya.

Berdasarkan foto berkenaan, Arja dan Sari berpakaian pengantin dan mereka dilihat akrab sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen. Malah, ada yang memberi komen secara gurauan dengan menganggap Jep pasti akan cemburu apabila melihat foto itu.



Sumber: Berita Harian

Sumber asal: myartis.com 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.