Nasib Terkini Wanita Langgar Remaja Berbasikal Selepas Disoal Siasat


“Dia tak pandu laju atau main telefon bimbit”. Wanita 22 tahun langgar mati sekumpulan remaja berbasikal jam 3 pagi dibebas dengan jaminan polis.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pemandu wanita itu akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya berpuas hati dengan kerjasama diberikan.

“Siasatan mendapati pemandu itu tidak memandu laju dan tidak menggunakan telefon bimbit dalam kejadian itu.

“Dia dalam keadaan trauma dengan kejadian itu dan kami akan membebaskan dia hari ini,” katanya pada sidang media di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.



Sumber: Metro

Sumber: “Dia tak pandu laju atau main telefon bimbit” – Wanita 22 tahun langgar mati sekumpulan remaja berbasikal jam 3 pagi dibebas dengan jaminan polis

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.