Nama Uqasha Senrose Antara Yang Disebut Dalam Video Siti Aisyah Sehari Sebelum Pembunuhan JongNam!!! Ini Yang Berlaku..


Suspek wanita berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-namyang ditahan reman baru-baru ini, Siti Aisyah dilaporkan telah menyambut hari jadinya sebelum berlakunya kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu. 



Berdasarkan satu video yang dimuatnaik oleh China Press Daily di Youtube pada Sabtu, seorang wanita, dipercayai Siti Aisyah dilihat telah bercakap dengan seorang rakan lamanya yang bernama Kak Lin yang sedang duduk di sebelahnya, ketika majlis sambutan hari jadinya, dipercayai sehari sebelum Jong-nam dibunuh.

Bagaimanapun, wajah Kak Lin dalam video tersebut telah dikaburkan.

Siti Aisyah, yang memakai blaus warna merah memulakan percakapan dalam rakaman video dengan memberitahu bahawa dia sudah lima bulan tidak bertemu Kak Lin yang dikenalinya enam tahun lalu.

''Dari Kak Lin tak kahwin lagi, sampai sekarang Kak Lin dah mengandung,'' katanya.

Dalam video selama satu minit empat saat itu, kedua-dua mereka kelihatan gembira, mesra dan saling bergelak ketawa.

Sebelum rakaman video tamat, Kak Lin sempat menyatakan bahawa orang di sebelahnya sudah menjadi artis.

Sambil ketawa, Siti Aisyah bertanya: ''Artis apa?''

Apabila Kak Lin menjawab Uqasha Senrose, Siti Aisyah tergelak besar dan rakaman video ditamatkan.

Siti Aisyah merupakan antara empat individu yang ditahan polis secara berperingkat susulan pembunuhan Jong-nam pada 13 Februari lepas.

Berdasarkan laporan, dia lahir pada 11 Februari 1992 di Serang, Indonesia.

Empat dalang yang disyaki merancang pembunuhan itu telah meninggalkan Malaysia dan tiga lagi suspek sedang diburu.



Sumber:- Mstar

Sumber: 1citemalaya

Sumber asal: figuramalaya.net 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.