Myraa Yang Dituduh Pembuli Pula Buat Laporan Polis!! Rupanya Ini Cerita Sebenar Yang Mengejutkan!!!



''Anak kami tarik hidung mangsa sahaja, bukan seperti yang diviralkan,'' kata Munirah dalam satu kenyataan hari ini mempertahankan anaknya Myraa yang didakwa sebelumnya adalah salah seorang suspek utama kes buli di sebuah sekolah di Bandar Sri Damansara.

Malah Munirah juga tidak berpuas hati kenapa hanya anak perempuannya sahaja yang dikecam di laman media sosial, sedangkan pelaku pembuli berjumlah 5 orang seperti mana yang diberitakan sebelumnya.

Terdahulu gambar Myraa dan ibunya tular di laman media sosial dan menjadi bahan kecaman netizen,selain mendapat beberapa ugutan.

Akibat daripada perkara tersebut Myra telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan segelintir netizen yang mengecam dia dan ibunya.

“Saya dapati gambar saya dan ibu saya telah diviralkan di laman media sosial Facebook berkenaan dengan kes pukul pelajar di Sekolah Menengah Bandar Sri Damansara 2,'' katanya.

Malah, Myraa juga menafikan dakwaan media sebelum ini bahawa dia telah memijak kepala mangsa hingga pengsan. ''Bukan saya yang memijak kepala perempuan tersebut tapi rakan saya bernama Nurul,'' katanya.






Sumber asal: eberita.org 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.