Reaksi Negatif Fazura, Fathia, Emma Maembong Dan Janna Nick Mengenai Watak Panas Drama Hero Seorang Cinderella!!!


Beberapa pelakon wanita dikatakan ‘takut’ untuk membintangi drama bersiri terbaru berjudul Hero Seorang Cinderella bagi menggantikan Neelofa kerana bimbang dengan penerimaan peminat. 




Dikatakan mereka memberikan reaksi negatif itu kerana bimbang peminat Lofattah marah.

Drama arahan Michael Ang itu sepatutnya menggandingkan Neelofa dengan Fattah Amin, tetapi pelakon jelita itu dikatakan enggan berlakon atas sebab-sebab tertentu.

Antara pelakon yang ditawarkan berlakon dalam drama itu ialah Fazura, Janna Nick, Fathia dan Emma Maembong.

Michael berkata, dia ada menghubungi semua pelakon terbabit tetapi awal-awal mereka menyuarakan rasa bimbang terhadap penerimaan peminat.

“Gandingan Fattah dengan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr Pilot sebelum ini mencetus fenomena dalam kalangan peminat mereka. Jadi, pelakon itu bimbang sekiranya digandingkan dengan Fattah, peminat tidak dapat menerima mereka.

“Apatah peminat sebelum ini sudah tahu Fattah dan Neelofa bakal ditemukan lagi. Jadi, apabila Neelofa menarik diri, saya perlu mencari pengganti. Itu adalah keputusannya dan saya tak boleh nak menghalang,” katanya kepada Harian Merto.

Michael berkata, dia merancang untuk mengadakan sesi uji bakat mencari pelakon baru bagi menjayakan watak utama itu sekiranya tidak bertemu pelakon yang sesuai.

Dalam pada itu, Michael juga tidak dapat memastikan sama ada Fazura bersetuju untuk berlakon drama terbabit seperti didakwa peminat.

“Saya memang ada berjumpa Fazura dan bertanyakan mengenai perkara ini, tapi dia juga melahirkan rasa bimbang terhadap penerimaan peminat.

“Berkenaan komen peminat, saya tak mahu mengulas. Memang sebelum ini saya ada mendengar Fazura mengatakan dia mendapat tawaran berlakon drama. Mungkin disebabkan itu peminat beranggapan dia bakal menjayakan watak itu. Apa pun tunggu dan lihat saja nanti,” katanya.

Drama Hero Seorang Cinderella dijangka akan memulakan penggambaran pada Mac ini dan bakal ditayangkan di saluran Astro Ria.

Semalam, Neelofa menafikan dia tidak menerima tawaran berlakon drama itu kerana enggan berganding dengan Fattah.

“Saya dan Fattah masih berkawan. Kadang-kadang saya ada menghubunginya dan bertanya khabar. Jadi, tidak timbul isu saya enggan digandingkan dengannya.

“Saya memang memang mahukan watak yang ditawarkan itu, tetapi atas beberapa sebab yang perlu diambil kira dan tidak dapat dielakkan, saya terpaksa melupakannya,” katanya.



Sumber: Metro

Sumber: Beberapa pelakon wanita takut nak ganti tempat Neelofa dalam drama baru, bimbang peminat Lofattah marah

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.