MENGEJUTKAN!! Licik Betul Jep Ni Ya.. Nafi Bertunang Tapi Rupanya..


Hujung minggu lalu, ada akhbar melaporkan Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini tetapi semalam Jep menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan mereka berdua tidak mempunyai sebarang rencana untuk bertunang.



Peminat mula merasa hampa kerana sebelum ini mereka menyangka ungkapan “I love you” Sari Yanti kepada Jep di Insta Live membuktikan mereka sedang hangat bercinta.

Walaubagaimanapun, buat peminat Jep dan Sari Yanti, janganlah kecewa dahulu. Terbaru, Miss K menerusi portal Astro Gempak mendengar khabar angin bahawa Jep dan Sari Yanti sebenarnya bakal bernikah pada hari Sabtu 25 Februari ini bertempat di Damansara. Rupanya nafi bertunang kerana hendak bernikah terus!



Jika berita ini benar, kami harap apa yang direncana oleh Jep dan Sari Yanti akan berjalan lancar. Kedua-duanya solo memang sesuai la kan?



Sumber Berita : Astro Gempak

Sumber asal: Beautifulnara 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.