Medical Person Urus Mayat Remaja Berbasikal Ini Tampil Buat Pendedahan Terbaru.. Apa Dilihatnya Ketika Tiba Di Lokasi Kejadian Buat Dia Tercengang!!!


Tragedi sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta di Johor Baru semalam merupakan satu insiden yang sangat tragis. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang melanda kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga yang memberi kritikan terhadap sikap sambil lewa ibu bapa yang membiarkan anak berkeliaran pada lewat malam. 



Di facebook, medical person ini menceritakan saat melihat mayat-mayat tersebut. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan anak tersayang…



''Berikutan kes rempuh budak-budak berbasikal… Dalam muka buku lagi banyak pakar-pakar forensik jenayah dan emergency phycisian.. salahkan budak.. salahkan makbapak.. salahkan pemandu… Pastu ada pulak quote ” #medical person macam tercengang je berdiri kat situ..shock kot” Ok.. aku tewas… kemalasan aku untuk menulis tewas selepas terbaca komen dari entiti tersebut..Tapi malas nak tulis banyak-banyak gak. Yang boleh tentukan salah kalau tak silap kat Malaysia ni polis je kakak dan abang-abang. Biarlah polis buat siasatan dan tentukan. Bukan keje korang.. Ye lah.. Korang la sape lagi… Nama semua nama melayu yang komen… Hmm.. Rajin memang rajin melayu berkomen bab-bab macamni..



''Kak.. Kite medical person tercengang masa tu sebab dah stand down… Aku dan member aku Ateng (ppp huzaimie Ze Newie) yang first responder… Keadaan masa mula datang cuma Allah yang tahu.. Adrenaline rush dari kepala turun ke kaki sebab tengok body berselerak… Buat scene assesment dan tagging satu-satu.. Mintak backup.. Hampir semua PPP yang keje shift malam tadi pergi ke scene untuk memberi bantuan.. PPP Abg Adie Azmadie, Fahmie Izz, Lockman Hakim, Ahmad Izzat.. Pilot-pilot bertugas.. Then transport balik ke HSA.. Aa korang tau tak ape aku cakap nii.. Korang lah.. Sape lagi… Bila kes declare stand down pukul 4 setengah… Aku berdiri.. Tengok balik satu-satu mayat yang dah ditutup sambil membayangkan muka mak bapak budak ni sorang-sorang…. Aku mengucap panjang… Mase tu jugak aku teringat pasal mati.. Ya.. Aku takutkan mati.. Benda yang paling dekat dengan kita… Syukur aku masih bernafas… Aku trauma tengok muka mayat… Al fatihah dik.. Maafkan aku sekiranya aku ada terkasar semasa mengalihkan jasad kau yang dah tak bernyawa…. Al fatihah''.



Sumber : Adly Kiyot

Sumber asal: ohbulan.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.