Media Asing Dedah Siti Aisyah, Suspek Pembunuhan Kim Jong Nam Ditipu Program Tv Reality Show!! Ini Kisahnya..



Nama Siti Aisyah warga negara indonesia, suspek wanita pembunuhan Kim Jong Nam telah menjadi sorotan media asing atas kes pembunuhan tingkat tinggi yang berlaku di KLIA baru-baru ini.

Siti Aisyah, 25 yang ditahan di kediamannya hotel ampang selepas kejadian dikabarkan telah ditipu oleh seorang lelaki tidak dikenali kononnya akan mengadakan Program Reality Show. 

Bagaimanapun untuk mendapat kepastian Wakil Menteri Luar Negri (Wamenlu), Abdurrahman Mohammad Fachir masih belum berpeluang bertemu Siti Aisyah untuk memastikan isu berkenaan.

Isu itu pertama kali di siarkan oleh Situs Tiongkok, dimana sebelumnya Siti dilihat bersama seorang lelaki tidak dikenali di sebuah kelab malam.

Dan ia ditawarkan dengan wang 100 USD untuk mengikuti program Reality Show (menjadi orang yang tidak dikenali). 

Kerana memerlukan wang, dia melakukannya meskipun mengaku tidak mengenal Kim Jong Nam dan orang lain yang terlibat dalam pembunuhan.

Cerita sama juga diungkapkan oleh Wakil Presiden Indonesia, Yusuf Kalla. ''Siti Aisyah sebenarnya mangsa dari rekayasa dan penipuan pihak tertentu,'' katanya semalam mengulas isu ini. 

Menurutnya, ada pihak lain yang sengaja menjebakkan Siti dengan program Reality show. Kemudian pihak tersebut menyuruh Siti Aisyah melakukan aktiviti tertentu semacam prank terhadap Kim Jong Nam. 

''Mereka mengaku akan merakam aktiviti Siti dengan kamera tersembunyi di bangunan KLIA. Menurut saya ia itu mangsa keadaan,'' tambahnya.

Selain itu Yusuf Kalla menambah jika benar Siti Aisyah seorang agen dia tidak akan pergi tidur ke hotel yang berdekatan dengan KLIA melainkan lari ke tempat yang lebih selamat. 

Ketika hotel kediaman Siti diserbu, polis menemukan sejumlah wang asing termasuk wang tunai berjumlah 100 usd selain dari barang barang mewah seperti beg jenama Louis Vuitton, spek mata hitam Ray-ben dan sepasang kasut Charles and Keith.

Dipercayai Siti Aisyah dihantar ke hotel tersebut oleh kekasihnya, Muhammad Farid bin Jalaluddin, yang hari itu juga turut ditangkap.

Sebelumnya, Siti Aisyah dihantar dari sebuah hotel di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, tempat dia terdahulu bersama suspek Doan Thi Huong, wanita pemegang pasport Vietnam. Doan Thi Huong ditangkap polis pada Rabu kelmarin (15/2/2017), atas dakwaan keterlibatannya dalam pembunuhan Kim Jong Nam.

Menurut laporan luar tersebut, Siti Aisyah telah tinggal di Kuala Lumpur selama beberapa bulan dan bekerja di sebuah kelab malam.



Sumber asal: eberita.org 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.