KINI TERBONGKAR!! Punca Sebenar Mengejutkan Kes Buli Ekstrem Hingga Bocor Kepala Yang Menggemparkan Negara Semalam!!!


Susulan kes buli SMK Bandar Sri Damansara 2 semalam, polis kini sedang memburu dua suspek yang terlibat bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah tersebut yang memaklumkan seorang pelajarnya cedera akibat dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga.

“Berdasarkan siasatan awal dan percakapan saksi mendapati, punca kes buli ini berlaku kerana perselisihan faham di antara mangsa dengan dua pelajar terbabit.

“Akibatnya, salah seorang daripada dua pelajar perempuan terbabit menarik tudung mangsa hingga terjatuh, manakala rakannya memijak kepala serta menyepak bahu mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

“Mangsa yang cedera di kepala dan bahu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala,” katanya. 

Polis kini sedang giat mengesan dua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – The Reporter



Sumber asal: thereporter.my 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.