INILAH PERSETUJUAN-PERSETUJUAN YANG DICAPAI OLEH PIHAK POLIS DENGAN SELVA KUMAR WALAUPUN TIDAK DIWAJIBKAN UNDANG-UNDANG




Perogol bersiri yang selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada, S Selva Kumar, 56, menyatakan hasrat untuk menetap di Lembah Klang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Selva menyatakan hasratnya itu kepada pasukan polis mengambil keterangannya sebaik sampai di KLIA semalam.

“Mengikut undang-undang kita tidak dibenarkan menahan dia, malah dia dengan sukarela berjumpa kami dan memberitahu apa yang berlaku terhadapnya.  


“Kita sudah rekodkan semua kenyataannya dan tahu di mana dia akan tinggal.

“Berikutan itu, sama seperti yang saya sebutkan sebelum ini, polis akan bekerjasama dengan masyarakat dan pasukan komuniti kepolisian untuk memantaunya,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat sempena Persidangan Ketua-ketua Jabatan Pengurusan dan Institut-institut Latihan PDRM di sini.

Khalid berkata, selain memberi kerjasama, Selva juga setuju dipantau dan memaklumkan pergerakannya walaupun tidak diwajibkan undang-undang.

Menurutnya, polis tidak boleh masuk campur keputusan mengharamkan lelaki itu di negeri tertentu kerana ia diambil mengikut undang-undang negeri terbabit.



Sumber : 1Citemalaya

Sumber asal: superkiram.blogspot.com 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.