Gadis Sarawak Disambar Buaya Semalam Telahpun Ditemui Namun Keadaannya Selepas Ditemui Amat Mengejutkan!!!


Mayat seorang remaja perempuan yang dilaporkan telah disambar seekor buaya semasa sedang mandi bersama keluarganya di tebing sungai di Rumah Jampang Sungai Tapang Peking di Miri, Sarawak semalam telah berjaya dijumpai pada jam 11.10 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian, lapor Buletin TV3.

Namun yang mengejutkan ramai, menurut laporan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan sempurna dan hanya terdapat beberapa kesan gigitan buaya ketika ditemui sebelum dibawa ke rumah panjang Jampang untuk tindakan seterusnya. 



Mangsa, Agnes Luang, 17 tahun yang merupakan bekas pelajar SMK Marudi yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM. 

Ketika kejadian Agnes dilaporkan sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar buaya pada 6.30 petang. 

Dalam pada itu, pihak keluarga Anges merayu kepada orang ramai supaya memadam gambar yang tidak sepatutnya disiarkan di laman sosial selepas gambar Agnes ditemui telah tersebar – Siakapkeli.my 



Sumber asal: siakapkeli.my 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.