Akhirnya Terjawab!! Lihat Siapa Pelakon Wanita Sahkan Sedang Mempertimbangkan Tawaran Michael Ang Ganti Neelofa Dalam 'Hero Seorang Cinderella'!!!


Nur Fazura Sharifuddin tidak takut berdepan kritikan peminat bagi menggantikan Neelofa dalam drama Hero Seorang Cinderella.



Pelakon popular itu menjawab pengarah Micheal Ang yang dilaporkan berkata beberapa pelakon utama, termasuk beliau, bimbang tidak diterima peminat.

“Saya tidak pernah melahirkan rasa bimbang untuk mengambil watak yang ditawarkan, sama ada dari segi profesional atau berkaitan sambutan peminat seperti yang didakwa,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Ang, yang juga pengarah Suri Hati Mr Pilot, mengakui buntu mencari pelakon yang akan menggantikan Neelofa, untuk digandingkan dengan Fattah Amin.

“Saya memang jumpa Fazura dan bertanya hal ini, tapi dia juga melahirkan rasa bimbang terhadap penerimaan peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Kenyataan Fazura itu, yang dikeluarkan oleh wakil agensi pengurusannya Kenny Ong, juga menjelaskan pihaknya memang sedang menimbangkan tawaran tersebut.

Fazura, Janna Nick, Fathia Latiff dan Emma Maembong didakwa menolak kerana khuatir reaksi peminat yang memandang positif gandingan Neelofa-Fattah.

“Gandingan Fattah dan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr Pilot sebelum ini mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat.

“Jadi mereka bimbang sekiranya digandingkan dengan Fattah, peminat tidak akan dapat menerimanya,” Ang dipetik sebagai berkata.



Sumber: Projek MMO

Sumber “Siapa kata takut? Saya tidak risau ganti Neelofa” – Fazura

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.