AKHIRNYA AZARUL TAMPIL KALI KEDUA DEDAH RAHSIA SEBENAR KEHILANGANNYA DUA MINGGU LALU!! RUPANYA INI YANG BERLAKU!!!


Seorang mekanik, Muhd. Azarul Mukhriz Abd. Rahman, 20, yang ditemui selamat pada Sabtu lalu ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih mendakwa dia telah dijaga oleh seseorang sepanjang kehilangannya selama tujuh hari.

Inilah kisah sekilas apa yang dilalui oleh adik Azarul sepanjang dia tersesat ke alam lain yang diceritakan kepada En Roslie.

''Semasa di sana dia dijaga oleh ramai orang lelaki yang memakai jubah putih. Dia cuma nampak ada 2 orang perempuan semacam bidadari.

''Cantik sukar nak digambarkan bagaimana. Perempuan tersebut ajak dia berkawin tapi dia enggan kerana terlalu banyak syarat. Antara syaratnya, dia tidak boleh pulang berjumpa mak dan ayahnya. Jikalau peraturan tersebut dilanggar, dia akan jadi gila manakala perempuan itu akan jadi cacat. Bermula pada hari ketiga di sanalah dia diajak berkahwin. Dia menolak. Sampai hari ke 7 pun masih enggan dan kerana itulah dia dilepaskan.

''Menurutnya, kalau dia tak balik juga pada hari ke 7 maknanya dia akan berkahwin dengan perempuan itu di sana. Dia solat seperti biasa di sana dan hanya boleh buang air kecil sahaja. Buang air besar tidak dibenarkan. Di sana mereka hanya beribadat sahaja.

''Menurutnya lagi, semasa hari kejadian sebelah petang dia hilang, ketika mahu naik dia nampak seorang budak. Budak itu ajak ikut dia dan menunjukkan dua buah jalan kiri dan kanan. Kemudian dia pilih kiri dan itulah punca dia tersesat. Di sana dia tinggal di dalam gua dan tidur di atas batu.

''Sekian, dari saya YusReen Eryn .. diharap informasi ini dapat merungkai segala pertanyaan semua ke atas kejadian ini. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui.

''Maaf dari saya andai ada kekurangan dalam menyalurkan informasi.

''Doakan agar adik Azarul sembuh sepenuhnya seperti sediakala''.



Sumber asal: superkiram.blogspot.com


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.