Ada Apa Antara Neelofa Dan Adik Nawi? Rupanya Ini Kisahnya Hingga Buat Netizen Sebak!!




Kisah Adik Nawi dan pelajar-pelajar lain yang bersekolah di Pulau Banggi, Kudat, Sabah yang bersemangat waja hanya berkaki ayam merentas hutan 4 jam untuk pergi dan balik sekolah telah menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Nama Neelofa turut dikaitkan dengan pelajar tersebut apabila Artis/Pengacara/Pelakon terkenal tersebut memuat naik status berkenaan kisah pelajar ini di laman FBnya semalam. 



Menurut Neelofa beliau akan membantu adik Nawi ini. Ini adalah suatu berita baik dimana ada insan prihatin akan membantu meringankan bebanan mereka di kala kesusahan. Tindakan Neelofa benar-benar membuatkan netizen sebak dengan tindakan yang tidak dijangka itu. Berikut adalah snapshot dari FB Neelofa:


Akaun FB Neelofa yang mempunyai 1.3 Juta likers sekarang ini sudah tentulah mempu membuat kisah adik Nawi ini menjadi popular dalam sekelip mata. Menurut Neelofa, kisah ini sangat memberi inspirasi dan semangat kepadanya dan juga mungkin boleh menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain yang juga sama-sama sedang bersekolah tapi dalam keadaan yang serba ada. Respon netizen apabila mengetahui Neelofa akan membantu adik Nawi adalah sangat memberangsangkan. Berikut adalah sebahagian daripada respon likers Neelofa;



Semangat yang ditunjukkan oleh adik Nawi dan rakan-rakan sememangnya sukar ditandingi. Keazaman yang kuat untuk menuntut ilmu adalah sesuatu yang patut dipuji. Mereka membuka kasut untuk meredah belantara kerana untuk memanjangkan usia kasut mereka yang dianggap sesuatu yang sangat berharga & mahal harganya. Oleh sebab itu mereka sanggup untuk berjalan 4 jam meredah belantara dengan hanya berkaki ayam dan hanya akan memakai kasut setelah tiba di sekolah.

Semoga adik Nawi dan rakan-rakan terus maju dan menjadi insan yang berguna kelak. 



The post Kisah Adik Nawi Berkaki Ayam Ke Sekolah Mendapat Perhatian Neelofa ??? appeared first on KISAH BENARKU.


Sumber: 1citemalaya

Sumber asal: figuramalaya.net 

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.