SAYU.. 4 Gambar Mayat Dan Kisah Penuh Gadis Sarawak Disambar Buaya Akhirnya Didedahkan


Luluh hati seorang ibu apabila melihat sendiri anak daranya yang cantik, berakhir nyawanya di dalam rahang buaya petang Selasa lalu.

Mangsa,Agnes Luang, 18 tahun, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia disambar sang bedal ketika sedang berada di atas pangkalan jeti, bagi menemani keluarganya mandi di Sungai Tapang, Ulu Peking bersebelahan rumah panjang mereka, dekat sini sekitar jam 6.30 petang.

Ketika kejadian, ibu, bapa dan beberapa penduduk lain tergamam melihat insiden tersebut dan hanya dapat melihat mangsa terkulai diheret ke dasar sungai.

Menurut saksi, bapa mangsa dan dua lagi saudaranya kemudian terjun dan cuba mengejar reptilia terbabit, namun gagal.








Berikutan itu, penduduk rumah panjang tersebut dan sekitarnya kemudian melancarkan gerakan bersama memburu buaya terbabit, yang dikatakan sepanjang enam meter.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 7.15 malam dan sebuah bot diatur gerak ke lokasi dengan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi.

Perjalanan dari Marudi ke lokasi mengambil masa dua jam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam diaktifkan pada sebelah pagi, yang turut disertai pasukan polis dan penduduk kampung.

Dan sekitar jam 11.10 pagi semalam, mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira radius 2 kilometer dari lokasi dia diserang.

Selain kesan gigitan, mayat mangsa dalam keadaan sempurna, katanya lagi.

Difahamkan, atas permintaan keluarga, mayat mangsa terus dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Rumah Jampang untuk disemadikan.

Agnes seharusnya meraikan ulang tahun ke-18nya pada 1 Ogos depan.



Sumber: wikimalaya

Sumber asal: figuramalaya.net 


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ohwhuuut@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.