DATO VIDA BERANG DENGAN ANUGERAH JUARA LAGU!! INI PUNCANYA..



Dua tahun berturut-turut menjadi penaja untuk Anugerah Juara Lagu, jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila beliau tidak dijemput untuk hadir ke Anugerah Juara Lagu 31 yang berlangsung malam semalam.

Menurut Vida, pihak AJL memberikan alasan bahawa tiket untuk program berkenaan sudah habis. Vida menganggap alasan itu tidak profesional.

''Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama. Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakkan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan''.



Pada kami tidak salah untuk menjemput Dato Seri Vida ke acara berkenaan memandangkan beliau juga pernah menjadi penaja. Tentu sekali kehadiran beliau dapat memeriahkan lagi suasana. Tak gitu?



Sumber Berita :Utusan Online

Sumber asal: Beautifulnara