Zarina Anjoulie Sudah Bercerai??


Nampaknya bak kata pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya, sekali lagi Zarina Anjoulie menjadi perhatian netizen. Walaupun segalanya nampak baik dalam update laman sosialnya selama ini, akhirnya peminat dikejutkan dengan post Instagram terbaru beliau (gambar). Peminat Zarina memberikan kata-kata semangat buatnya apabila Zarina tampil memberi bayangan yang beliau sudahpun bercerai! Zarina masih belum memberikan apa-apa kenyataan. Sama-sama kita doakan buatnya, semoga apapun yang terjadi hanyalah yang terbaik untuk Zarina. Jika benar pelakon ini sudah bercerai, harap Zarina bersifat positif sebagaimana cara dia menangani isu hidupnya sebelum ini - mengakhiri segala kontroversi dengan imej bertudung. Zarina sememangnya seorang yang cukup bijak dan kuat untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.