VIDEO: Hujan Batu Landa Melaka Awal Pagi Tadi




PENDUDUK di beberapa kawasan negeri Melaka tidak senang tidur apabila dikejutkan dengan hujan batu yang melanda, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, hujan renyai dilaporkan turun sebelum tiba-tiba kedengaran angin kuat membawa hujan ais di beberapa kawasan khususnya di daerah Sungai Udang.




Insiden itu turut disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pos kawalan sekolah di Kem Sungai Udang, Zaidi Salim, 49.

Menurut Zaidi, fenomena hujan batu itu berlangsung selama kira-kira 20 minit.

“Inilah kali pertama saya melihat hujan batu,” katanya.

Tambahnya, dia dapat mendengar dentingan kepingan ais sebesar biji guli menimpa cermin tingkap pos kawalan.

Sementara itu, beberapa lagi penduduk di sekitar Sungai Udang turut mendakwa, ketulan ais dipercayai daripada hujan batu itu turut masuk ke dalam ruang tamu.

Namun apabila dipegang, ais itu cepat mencair.

Difahamkan, kira-kira 135 buah rumah dalam kawasan Sungai Udang terjejas akibat dipukul ribut yang dibawa hujan batu itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro




KLIK DI SINI UNTUK TONTON VIDEO HUJAN BATU DI MELAKA 





Sumber asal: mynewshub.cc