Service MAB Memalukan! Che Ta Kecewa Beg Tercicir


PELAKON dan pengacara, Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Kekecewaan itu diluahkan gara-gara syarikat penerbangan itu telah tercicir beg bagasinya di Kuala Lumpur.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, insiden ini berlaku ketika dia terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah, pada Khamis.

Akibat insiden itu, Che Ta yang juga bekas pramugari MAS yang kini dikenali sebagai MAB mendakwa dia terpaksa membatalkan majlis makan malamnya kerana tiada baju.

''Sungguh memalukan service Malaysia Airlines.

''I tak tahu macam mana MAS buat kerja. I terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Beg I masih lagi kat KL.

''I terpaksa cancel dinner sebab tiada baju dan tunggu beg masih lagi tak sampai.

''And i fly bisnes class , bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir beg tu!'' katanya.



SUNGGUH MEMALUKAN SERVICE MALAYSIA AIRLINES!!!!. . I FLY DR KL KE KK JE TAPI BAG I TERCICIR AND STILL KAT KL!!! Tu baru domestik flight !! I terpaksa cancel dinner sebab tk de baju and duk tunggu bag tak sampai!!!! And i fly bisnes class , bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bag tu!!! So embarrassing dgn service MAS!!!!!


Rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen bersimpati dengan nasib yang menimpa Che Ta.

Tidak kurang juga, ada yang menyelar Che Ta sudah lupa asal usulnya dahulu yang juga pernah berkhidmat dengan syarikat itu.

''Che ta ni tak sedaq diri ka , dulu pun hang kerja dengan MAS kan? Dah jadi artis terus lupa asal usul ye?'' tulis Masakapaje.



Che Ta semasa jadi pramugari.


Namun begitu, siapa yang tak sakit hati dan marah kalau dikhabarkan beg hilang atau tercicir. Ye dak?. MYNEWSHUB.CC






Sumber: mynewshub

Sumber asal: figuramalaya.net