Sayu Nur Darleen di culik semasa tunggu van ke sekolah pukul 7 pagi tadi



KAJANG : Keluarga Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2, di sini, yang didakwa dilarikan dua lelaki pagi tadi, menafikan viral kononnya mangsa sudah ditemui.

Bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, 50-an, berkata pelbagai versi disebarkan pengguna internet termasuk mendakwa kononnya mangsa berada di Hospital Kajang dan ibu mangsa bekerja sebagai jururawat di hospital itu.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan penyebaran berita yang tidak tepat ketika mereka sekeluarga sedang buntu memikirkan keselamatan anak bongsu daripada lima beradik itu. Tambahan, katanya, mangsa yang mesra dipanggil ‘baby’ dalam kalangan ahli keluarga juga seorang penghidap asma.






“Kakak saya yang juga ibu mangsa, Zainon Md Zin, 55, bekerja di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bukan jururawat. “Saya kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak sahih.

Malah, anak saudara saya juga hingga kini belum ditemui,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, sebentar tadi.

Jalaluddin berkata, polis juga sudah mengambil keterangan daripada keluarganya termasuk saksi yang mendakwa melihat Nur Darleen Dazeera dilarikan. Difahamkan, polis turut membuat rondaan sekitar kawasan perumahan ini dan kawasan berhampiran bagi mengesan mangsa.

Pekarangan rumah mangsa juga kini dipenuhi ahli keluarga terdekat, jiran dan rakan yang hadir bagi memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa. Nur Darleena Dazeera didakwa dilarikan dua lelaki menunggang motosikal ketika menunggu van untuk ke sekolah, kira-kira jam 7 pagi tadi. -BH







Sumber: ceritagempakkomuniti

Sumber asal: figuramalaya.net