Rumah Erma Fatima Dimasuki Ular!!






Ular ni jangan di buat main-main, kalau jumpa ular yang berbisa lagi bahaya.. Sekali kena patuk boleh hilang nyawa, sebut pasal ular pun dah rasa meremang bulu roma Miss A..

Macam mana reaksi korang kalau dok kat rumah yang dirasakan kawasan yang paling selamat, tengok-tengok jumpa ular??

Itu yang dialami oleh pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.. Rumah Erma dah dimasuki ular, tak tahu la Miss A ular berbisa atau tak.. Menurut Erma itu bukan kali pertama, rumahnya dimasuki ular..

Erma mendedahkan dah kali kedua, beliau jumpa ular di dalam rumahnya.. Selama hampir 25 tahun duduk kat rumah tu, dah dua kali rumah Erma dimasuki ular..

Kalau orang tua dulu-dulu cakap, banyak tanda tak elok kalau ular masuk ke dalam rumah.. Betul ke tak, Miss A tak pasti lah pulak..

Tapi Miss A rasa bukan tanda tak elok, tu tandanya Erma dah kena kemas rumah dan bersihkan kawasan timbunan sampah yang ada di sekitar kawasan rumah beliau..

Ular memang cukup suka kalau jumpa tempat yang ada timbunan sampah.. Boleh jadi sarang untuk bertelur atau tempat tinggal.. Ular tak kan saja-saja nak masuk rumah, kalau tak ada sarang kat kawasan terdekat.. Betul tak?? – MissA/UtaraNews