Rozana akui pernah pakai bomoh



Berhubung dengan kisah terbaru Awie yang mendakwa berasa kurang sihat dan kesakitannya itu tidak dapat dikesan oleh doktor hospital, ramai yang menjangkakan Awie telah 'dibuat' orang. Jom tinjau balik kenyataan bekas isteri kepada Awie, Rozana Misbun yang mengakui bahawa beliau pernah mengggunakan khidmat bomoh yang bernama Maksu ketika beliau dan Awie masih tinggal bersama.

Pengakuan itu telah didengari di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pertengahan tahun ini.



“Saya bersama Awie dan pembantunya ada berjumpa dengan Maksu pada 2 Jun 2014. Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi. Kadang-kadang saya akan berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” katanya kepada Kosmo Online.


Bagaimanapun, Rozana menafikan dakwaan mengatakan beliau dan Awie berjumpa dengan bomoh terbabit kerana bekas suaminya itu menghidu perbuatan kurafat yang dilakukannya di kediaman mereka selepas Awie sendiri menjumpai pelbagai barangan seperti tangkal dan botol berisi rambut, darah dan paku.





Sumber asal:
izyan.com