Remy upah 'body guard'




Kuala Terengganu: Pelakon Remy Ishak mengakui mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya berikutan bimbang dengan kes ugutan diterimanya daripada seorang wanita kenamaan dari Pantai Timur.

Dia bagaimanapun enggan memberitahu jumlah pengawal terbabit

Menurut pelakon itu, dia masih menunggu perkembangan siasatan polis berhubung kes ugutan itu.

“Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan. Saya tidak tahu statusnya kerana masih dalam siasatan polis,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem berjudul Pulang terbitan Grand Brilliance di sini, semalam.

Ugutan lisan itu dibuat wanita berkenaan kerana Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 34, dikatakan enggan memenuhi permintaannya untuk bertemu.

Pada 29 Ogos lalu, ketika Remy berada di Pusat Bandar Utama, Kuala Lumpur, dia dihubungi lelaki tidak dikenali dipercayai orang suruhan wanita berkenaan yang mengajak Remy berjumpa majikannya di lokasi dirasakan sesuai.

Pelakon itu mendakwa dia menolak permintaan itu dengan baik menyebabkan membuatkan wanita terbabit marah sehingga mengeluarkan kata-kata ugutan.

"Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai. Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti. Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara," katanya.

Menurutnya, kejadian itu juga mengganggu tumpuannya dalam filem arahan Kabir Bhatia.

Menurutnya, dia akan berbincang dengan peguam mengenai kes ugutan itu apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti. 






Sumber asal: hmetro.com.my