Remy Ishak Sindir Pihak Polis Daerah Serdang!!






Baru-baru ini rumah Remy Ishak dah kena serbu dengan pihak polis.. Sebab dapat maklumat palsu yang rumah Remy ada kegiatan dadah.. Remy syak maklumat palsu yang diterima polis itu, datang dari individu yang sama membuat ugutan bunuh pada Remy..

Orang lain yang ugut Remy, orang lain pulak yang Remy sindir? Remy dah muat naik gambar keratan akhbar tempatan dengan status seperti menyindir pihak polis Daerah Serdang.. Fuhh, beraninya Remy nak sindir ketua polis?

Tapi sebab apa pulak tiba-tiba Remy nak sindir polis? Polis dah buat apa kat Remy? Remy memaklumkan yang dia dah pun buat laporan polis pada 26 Ogos kat Balai Polis Serdang.. Tapi, ketua polis Daerah Serdang memaklumkan pada akhbar tempatan yang Remy masih belum membuat sebarang laporan polis..

Sebab itu Remy sindir laporan yang macam mana lagi dia nak kena buat, kalau dia dah buat laporan sebelum ini.. Remy juga sempat buat hashtag sindir #hairanbinajaib.. Remy tak payah nak sindir pihak polis sangat la, nanti apa-apa yang jadi Remy nak cari pihak polis jugak.. Betul tak??

Payah jadi orang hensem ni sentiasa menjadi rebutan, tetapi hensem ka? Hahaha.. Senang Remy upah bodyguard 24 jam je la.. Tak sangka betooi Miss A, sampai macam ni sekali jadinya bila Remy dah tolak pelawaan seorang wanita VVIP.. Yang wanita VVIP tu pun, serupa tak dak pelakon lelaki lain aih.. – MissA/UtaraNews