Pendedahan Mengejutkan Hazami Punca Sebenar Beliau Hidap Pendarahan Usus


Berita mengenai penyanyi Hazami yang dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana, Damansara memang mengejutkan ramai pihak apatah lagi ketika doktor mengesahkan beliau menghidapi pendarahan usus.



Meskipun sudah beransur pulih dan kini menetap di kediaman ibunya di Gombak, peminat masih lagi tertanya-tanya apakah punca sebenar kepada penyakitnya itu sedangkan Hazami sebelum ini nampak sihat sahaja.

Terbaru, Hazami mendedahkan pendarahan usus tersebut berlaku kerana sikapnya yang terlalu obses untuk menurukan berat badan bermula 10 tahun lepas apabila merasakan dirinya kurang menarik ketika muncul di televisyen.

Hazami telah mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dimana beliau hanya makan sekali sehari dan terlalu ketagih untuk meminum kopi pekat.

''Saya pernah dahulu mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan. Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

''Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital''.



Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk kurus tanpa membahayakan diri sendiri. Jangan terlalu menginginkan hasil yang cepat dan terburu-buru dengan cara yang tidak betul. Rujuklah kepada pakar pemakanan serta kesihatan untuk membantu anda dalam proses penurunan berat badan.






Sumber Berita: mStar Online

SUMBER: beautifulnara