Neelofa Dah Tak Mahu Berpakaian Ketat Selepas Balik Dari Mengerjakan Haji






Sejuk mata lelaki yang tengok wanita manis bertudung, pakai pakaian sopan berjubah.. Tak ada la nak dengar artis wanita bertudung kena kritik sebab pakai tudung tapi pakai baju serupa berbogel..

Selalu sangat tengok artis wanita yang bertudung pakai baju dan seluar ketat.. Agaknya pakai tudung, ingat tutup rambut je kot? Neelofa yang baru saja balik dari mengerjakan Haji, nampaknya dah mula muat naik gambar terbaru..

Balik saja dari Haji, Neelofa terus mengacara program Meletop.. Memang betul-betul pengacara terbaik lah Neelofa ni, masih lagi menjalankan tugas walaupun penat balik dari Haji..

Ada di antara korang yang tengok program Meletop tak? Penampilan Neelofa di dalam program tu memang menarik minat orang ramai.. Bukan sebab Neelofa tampil dengan pakaian seksi..

Tapi Neelofa telah tampil dengan imej berjubah, cukup sopan untuk wanita bertudung.. Ramai peminat yang puji penampilan jubah Neelofa.. Kalau korang selalu tengok ‘Meletop’.. Setiap minggu Neelofa selalu tampil dengan pakaian yang agak ketat..

Harap penampilan jubah Neelofa ni akan terus kekal, dah jadi Hajjah dah kan? Bila lagi nak ubah penampilan, tunjuk sikit kat artis bertudung yang lain tu pakai tudung kena pakai dengan baju dan seluar longgar.. – MissA/UtaraNews