Isteri Waris selamat lahirkan anak lelaki



WARIS bersama isterinya, Izati Amirah Kamaruddin.

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi rap Waris, Izzati Amirah Kamaruddin, 27, selamat melahirkan anak lelaki awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Waris atau nama penuhnya Muzzammil Akias, menerusi akaun Instagram miliknya.

Waris juga menamakan anak sulungnya itu iaitu Muddassir.

"Muddassir bin Muzzammil selamat dilahirkan secara normal jam 1.43 pagi tadi.. selamat datang ke dunia anak!

"Terima kasih buat pengikut-pengikut kerana mendoakan anak saya," katanya.

Menerusi perkongsian gambar berkenaan, ramai yang memberi ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Rembau Most Wanted dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos tahun lalu. 



ANAK Waris, Muddassir Bin Muzzammil. 







Sumber asal: bharian.com.my